Thursday, 19 February 2015

CARA - CARA MEMBINA BLOG

CARA - CARA MEMBINA BLOG
 Ramai yang belum tahu bagaimana nak mula buat blog sendiri,di sini saya mahu berkongsi dengan anda semua cara-cara buat blog sendiri,saya tidak berapa pandai sangat buat blog ni tetapi saya akan cuba mempraktikkan apa yang saya tahu serba sedikit macamana buat blog sendiri untuk tugasan Guru Dan Cabaran Semasa (EDU 3093)  ,tetapi perlu di ingat bukan mudah nak buat blog ni jika tidak pandai,dalam dunia blog ni kita kena banyak masa untuk mengemaskinikan blog kita. Langkah-langkah yang perlu kita buat untk membina blog sendiri ialah seperti berikut :

1.Anda mesti ada akaun google jika dah ada jadi mudah untuk anda,mana yang tidak ada mesti buka akaun google terlebih dahulu.




2.Sesiapa yang dah ada akaun google anda cuma cari web ini www.blogger.com.sebaik sahaja masuk ke laman web tersebut anda akan melihat paparan seperti di bawah:-


3.Log masuk ke akaun anda dan anda akan melihat product google dan cari blogger dan click.

4.Sesiapaiapa yang tidak mempunyai akaun google anda akan nampak 'get start' nanti

seperti paparan di dalam gambar di bawah:-




5.Selepas click 'get start anda akan nampak paparan seperti gambar di bawah;-





6. Isikan maklumat yang di minta dan klick butang continue,Selepas anda klik “Continue”, anda belum boleh buat blog anda. Anda perlu terlebih dahulu verify atau sahkan alamat email anda untuk tujuan pengesahan. Jadi sila semak inbox email yang anda masukkan sebentar tadi kerana Google akan menhantar email automatik kepada anda. Apa yang perlu anda lakukan ialah klik pada link pengesahan yang ada di dalam email yang anda terima  dan anda akan dibawa ke halaman seperti di bawah.




7.Seterusnya  klik pada link “Click here to continue” dan anda akan sampai kepada halaman seperti paparan di bawah ini.




8.Seterusnya klik pada butang “Create Your Blog Now” untuk mulakan tugas buat blog blogspot anda sendiri. Anda akan diminta memberikan nama untuk blog anda dan memasukkan alamat blog pilihan anda. Sekiranya alamat yang anda pilih telah digunakan, sila pilih alamat yang lain dan seterusnya apabila berjaya mendapat alamat yang diingini, masukkan kod verifikasi dan tekan “Continue”



9.Setelah itu anda akan sampai ke peringkat kedua untuk buat blog iaitu memilih template. Pilihlah template yang anda suka dan seterusnya click“Continue”.



10.Selepas anda klik “Continue” seperti di atas, anda akan menemui paparan seperti di bawah. Jadi, klik pada butang “Start Blogging”.


11.Selepas anda berjaya klik pada butang “Start Blogging”  itu anda bolehlah pergi ke bahagian dashbord blog anda seperti dalam gambar dibawah.


12. Untuk mulakan tugas anda menulis catatan (post) pertama di blog anda dengan menekan butang go to postlist. Mula-mula masukkan tajuk catatan anda dan kemudian isi kandungan blog. Apa yang anda ingin tulis terserahlah kepada anda. Selepas selesai menulis anda klik butang “Publish Post” di bahagian bawah untuk siarkan catatan ataupun post anda. Contohnya seperti di bawah :




13. untuk menjadikan blog yang dihasilkan lebih menarik kita boleh memasukkan gajet-gajet pada blog kita dengan menekan ikon layout , antara gajet yang boleh kita masukkan ialah jam, video kalendar dan sebagainya. Untuk menambah gajet kita perlu menekan butang add gajet.



14. Untuk menjadikan blog anda sebuah blog yang aktif buatlah catatan baru 2 atau 3 kali seminggu atau sekurang-kurangnya seminggu sekali. Kita juga perlu berkunjung ke blog rakan-rakan yang lain  dan memberikan komen di blog mereka. Dengan cara ini kita akan dapat meningkatkan pengunjung untuk masuk ke blog yang telah kita bina. Selain untuk tujuan pembelajaran kita boleh menggunakan blog yang telah kita bina untuk tujuan sosial ataupun untuk tujuan  perniagaan. 


No comments:

Post a Comment